i guess not, many dun even read newspaper nowadays-every1 is too bz wif something call LIFE...
woot, i manage to find it online... however, d pix is ugly in d paper -i dun even look like a human, thank god i look like me in d internet version but still it's ugly -k la, i know i shudnt complain bcoz dat is how i look-..
during d press conference, i was really not in d mood as i was thinking of my students' essays all time but d camera men snapping pix like nobody's business.. worse, as i'm d only female receipient, i was asked to sit next to my vc, stand in d middle do dis n dat during photo session..
*so embarassing*
actually, i'm not receiving 2k cash (grrrr-get wrong info again), oni 1k cash, another 1k is pingat emas -i so wanna sell it *joking*
neway, my convo is a little different from d others as i'll hav to attend twice..
one is dis saturday to receive d award from d canselor-1st session is actually for Phd and other vips but d 5 of us were asked to attend.. at d beginning, we were given 4 seats each - n guess wat, pity me as i hav 3 family members, so who shud i giv d other seat to? d others hav their d other half, but me??? *sigh*
thank god, they change their mind n we were given 2 seats each...
so to all my frends, my convo is held twice so hope u guys can attend either 1 -saturday morning session or monday morning session as well which means i wud b out around 11.30 or 12noon..
hope to c u guys..
Lima graduan UKM cemerlang
Oleh Norliza Abdullah bhnews@bharian.com.my
BANGGA: Prof Dr Sharifah Hapsah (kanan) bersama lima pelajar yang akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen Ke-36 UKM berluma 9 Ogos ini.PENERIMA Anugerah Pelajaran Diraja (APD) Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan pelajar luar bandar juga mampu bersaing dengan rakan yang datang dari bandar dengan pelbagai kemudahan pelajaran yang moden apabila berada di universiti.
Roslan Ja’afar, 23, bekas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pepatih Palong 4, Gemas Negeri Sembilan kini menjalani program di Bank Negara. Katanya, walaupun tinggal di kawasan penempatan Felda dan sekolah di kawasan luar bandar, ia bukan halangan terus bersaing dengan rakan lain terutama daripada mereka yang datang dari sekolah yang mempunyai banyak kemudahan.
Bercita-cita menjadi pensyarah, anak ketujuh daripada 10 beradik itu mencatat Nilai Purata Gred Keseluruhan (PNGK) 3.88 bagi program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian cemerlang (Ekonomi Fiskal dan Monitori). Dia pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa fakultinya berkata, kejayaan cemerlang adalah berkat kesungguhan belajar bersungguh-sungguh pada awal semester.
Katanya, apa yang penting sebelum mengikuti kuliah, dia perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan asas berhubung subjek yang akan disampaikan pensyarah.
“Kaedah ini lebih berkesan kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalam apa yang hendak disampaikan. “Belajar secara konsisten adalah antara faktor yang perlu diberi perhatian. Walaupun masa yang diambil sedikit namun kaedah berterusan ini memberi pemahaman berpanjangan,” katanya.
Roslan adalah antara lima penerima anugerah pada majlis kali ini yang akan berlangsung selama lima hari bermula 9 Ogos ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, Bangi. Sidang pertama akan dipengerusikan Canselor UKM, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.
Seorang lagi penerima APD ialah Kee Meng Fai lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Roslan dan Kee menerima pingat emas bernilai RM1,000 dan wang tunai RM2,500 serta sijil penghargaan.
Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian Cemerlang dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam, menerima Anugerah Naib Canselor. Dia menerima wang tunai RM2,500 dan buku terbitan penerbit UKM.
Dua lagi pelajar cemerlang menerima Anugerah Tun Abdul Razak sumbangan Yayasan Tun Razak. Masing-masing ialah Nur Ehsan Mohd Said, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Cemerlang dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Seorang lagi ialah Christina Ong Sook Beng, Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, konvokesyen yang berlangsung selama 10 sidang itu membabitkan 7,273 penerima pelbagai anugerah termasuk Profesor Emeritus (5) dan Ijazah Kehormat (5).
3 comments:
seribu ucapan tahniah untuk mu
hey gal congrats...your dad told my mum 2..dad must b very proud of his "little"(now no more little d :)) gal...anyway all e best...
Hay girls you are so beautiful and lovely.
Post a Comment