everything was answered yesterday like we'll b receiving d award from Nazim (Tun Abdul Razak' son a.k.a our new PM Najib's younger bro), we'll b getting a book besides d medal n cheque, d VIPs whom we don really know them.. d nervousness appeared (i was shaking but pretended to b cool), very afraid that i might fall, drop d book/cert/ medal... thankfully, everything was fine except the pix..
u guys can read the 4 articles from 4 different newspapers below.. they wrote a lot about Ehsan (he deserved it more den i do as personally i didnt achieve/do anything great)
(New Straits Time)
Top students bag Tun Razak award
KUALA LUMPUR: Hard work guarantees success. Two Universiti Kebangsaan Malaysia students, Nur Ehsan Mohd Said and Christina Ong Sook Beng, learnt this yesterday.They not only emerged as joint winners of UKM's Best Student Award but also received the Tun Abdul Razak Award from Tun Razak Foundation adviser Datuk Mohamed Nazim Razak. Foundation chairman Tun Mohammed Hanif Omar said the award was initiated to recognise UKM students' outstanding academic performance and in memory of the services of the late Tun Abdul Razak Hussein as its first chancellor. Citing Tun Dr Mahathir Mohamad as his idol, 25-year-old Nur Ehsan said he was delighted and surprised to have received the awards.
"I was not studying to receive the awards. But when people recognise my hard work, I feel appreciated. My formula for success is simple: be proactive and never do last-minute studying," said the eldest of four siblings. Nur Ehsan is pursuing his Master of Philosophy in English Studies at UKM.
Active participation in various co-curricular activities did not stop Ong, 24, the holder of a Bachelor of English Language Studies from excelling in her studies.In fact, she graduated with a first-class degree last year."I was involved in various activities in the university."I was the president of the Tun Hussein Onn College Choir Club and participated actively in other clubs. "But when it comes to my studies, I just do my best and put in a lot of effort," said the former SMK Methodist ACS student.
During the awards presentation ceremony, Nazim also launched the Tun Razak Youth Leadership Programme as part of the Tun Razak Foundation's activities.
(Utusan)
Pesanan Tun Razak kepada lima anaknya
MOHAMED Nazim dan Mohammed Hanif Omar bersama dua penuntut terbaik UKM yang menerima Anugerah Tun Abdul Razak, Nur Ehsan Mohd. Said (kiri) dan Christina Ong Sook Beng (kanan) di Kuala Lumpur,semalam.KUALA LUMPUR 6 April - ''Sentiasa berada di kedudukan tiga teratas dan amalkan hidup bersederhana'' itulah pesanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak kepada kelima-lima anaknya. Anak keempat Allahyarham, Datuk Nazim Tun Razak berkata, bapanya merupakan sumber motivasi utama bagi mereka sekeluarga agar kuat bekerja supaya berjaya dalam bidang yang diceburi. Menurut beliau, harapan Allahyarham untuk memastikan kesemua anaknya berjaya telah tercapai termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini merupakan Perdana Menteri keenam negara.
''Tun menggalakkan kami lima beradik untuk berjaya dalam pelajaran dengan memberi RM30 jika mendapat nombor satu, RM20 untuk nombor dua dan RM10 untuk nombor tiga bagi pencapaian dalam peperiksaan penggal.
''Begitulah didikan yang diberikan oleh Allahyarham kepada kami, justeru sedikit sebanyak diharap ia dapat memberi galakan kepada generasi muda untuk berjaya pada masa hadapan,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program kepimpinan Tun Razak anjuran Yayasan Tun Razak (YTR) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nazim turut memberitahu, Tun Razak sering menekankan tentang erti hidup bersederhana. ''Sebagai contoh, kami adik-beradik ketika kecil, bercita-cita untuk membina sebuah kolam renang di rumah tetapi Tun Razak selalu menyebut 'nanti apa orang kata,'' katanya.
Sementara itu, Pengerusi YTR, Tun Mohammed Hanif Omar berkata, program kepimpinan itu bertujuan menggilap bakat baru kepimpinan dan berharap anak-anak muda dapat menjadikan Allahyarham Tun Razak sebagai contoh.
Katanya, dalam usaha untuk terus mengenang jasa Tun Razak, YTR mewujudkan anugerah khas Tun Abdul Razak (TAR) bagi pelajar terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). ''Anugerah ini telah diadakan sejak 1995 untuk memperingati Tun Razak sebagai Canselor pertama UKM,'' katanya.
Anugerah TAR bagi tahun ini diberikan kepada dua graduan UKM iaitu Nur Ehsan Mohd. Said dan Christina Ong Sook Beng. Nur Ehsan merupakan pelajar terbaik Anugerah Sijil Dekan dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dalam Pendidikan Bahasa Inggeris. Beliau kini mengikuti Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Linguistik di UKM. Sook Beng pula merupakan pelajar terbaik Anugerah Sijil Dekan dalam Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dan kini seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

(Berita Harian)
Keluarga Tun Razak amal kehidupan bersederhana

MOHAMED Nazim beramah mesra dengan penerima Anugerah Tun Abdul Razak, Nur Ehsan (tengah) dan Ong sambil diperhatikan Mohammed Hanif (kiri) dan Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Mohamad Razak (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.MOHAMED Nazim beramah mesra dengan penerima Anugerah Tun Abdul Razak, Nur Ehsan (tengah) dan Ong sambil diperhatikan Mohammed Hanif (kiri) dan Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Mohamad Razak (kanan) di Kuala Lumpur, semalam. Kesungguhan didik anak diabadi menerusi penubuhan YTRKUALA LUMPUR: Penasihat Yayasan Tun Razak (YTR), Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak mengimbau zaman kanak-kanaknya yang diberikan insentif RM30 jika mendapat nombor satu, RM20 nombor dua dan RM10 jika mendapat nombor tiga. Insentif itu diberikan bapanya Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Kedua bagi menyuntik semangatnya lima beradik untuk terus maju dalam pelajaran.
Mohamed Nazim berkata, ganjaran itu diberikan supaya mereka adik-beradik berada pada kedudukan tiga teratas dalam darjah. "Bapa begitu menitikberatkan pendidikan kerana dia yakin pelajaran adalah elemen penting dalam usaha memajukan diri seseorang. "Segala nasihat serta tunjuk ajar ditinggalkan kepada kami diharap dapat diwarisi kepada generasi akan datang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kepimpinan Tun Razak, di sini, semalam.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Norjuma Habib Mohamed; Pengerusi YTR, Tun Mohammed Hanif Omar dan Ahli Lembaga Pengarah YTR, Tan Sri Arshad Ayub. Mohamed Nazim berkata, walaupun bapanya memegang jawatan tertinggi kerajaan, dia sekeluarga hidup dalam serba sederhana dan segala keputusan perlu diteliti hinggakan cadangan untuk membina kolam renang di kediamannya di Sri Taman akhirnya tidak menjadi kerana khuatir tidak disenangi rakyat. "Kesederhanaan Allahyarham kini menjadi pegangan kami dan kesungguhan serta kegigihan beliau mendidik generasi muda hari ini diabadikan menerusi penubuhan YTR sejak 15 tahun lalu. "Kami bersyukur kerana dididik dalam suasana serba sederhana yang berjaya menjadikan kami insan yang dapat berbakti kepada masyarakat," katanya.
Pada majlis berkenaan, YTR menyampaikan Anugerah Tun Abdul Razak kepada dua graduan cemerlang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Ehsan Mohd Said, 25; dan Christina Ong Sook Peng, 24. Masing-masing menerima, sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan pingat bersalut emas berukiran wajah Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka yang mencatatkan kejayaan cemerlang sepanjang tempoh pengajian mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, selain aktif aktiviti kokurikulum. Ketika ditemui, Nur Ehsan berkata, anugerah berkenaan diberikan atas kesungguhan dan kejayaan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama dengan purata nilai gred kumulatif, 3.71, selain aktif aktiviti kokurikulum dengan menjadi Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa dan Siswi Kolej Ungku Omar.

(Harian Metro)
Terima anugerah lapan semester
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah menyangka akan menerima penghargaan setinggi ini,” kata penerima Anugerah Tun Razak, Nur Ehsan Mohd Said.Nur Ehsan, 25, berkata kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut.Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah selain mencari kepuasan dalam bidang yang diminati iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).Mengakui bukan mudah mahu mencapai tahap seperti sekarang, Ehsan yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan TESL berkata, tiada istilah penat dan jemu dalam kamus hidupnya.
Pada majlis itu, Yayasan Tun Razak (YTR) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Arkib Negara menganugerahkan Anugerah Tun Razak kepada dua mahasiswa terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis perasmian disempurnakan Penasihat YTR yang juga anak Allahyarham Tun Razak Hussein, Datuk Mohamed Nazim yang hadir bersama isteri, Datin Nurjuma Habib Muhammad. Hadir sama, Pengerusi YTR, Tun Mohammed Hanif Omar.Seorang lagi penerima anugerah itu, Christina Ong Sook Beng, 24, berkata dia sangat teruja serta terkejut kerana terpilih untuk menerima anugerah itu.

4 comments:
congrats chris~~ banggaaaaa :p
I am proud of YOU..
Congrats..
this is the moment my dad will never gt it from me..kaakaka..
hey next time must go ur plcae tengok gambar
wah ...the malay versions got so many facts wrong.....ehsan is not linguistics masters program ...it's ELS....and u graduated from ELS not TESL.....wahhhh.....
And it sound so chauvinist!! grrr...
regardless whichever version...
haih.....
lol....i tink u got fed up wif congrats so...
I gona say...NoW aim For the SKY!
u can do IT!!!
wow....sudah sekian lama kerja apa pun tak tau...congratez!!!!must keep all the newspaper ya
Post a Comment